Wednesday, July 17, 2013

Ikan Bawal 3 Rasa & Udang Kunyit

Assalamualikum..
harini genap Ramadhan yang ke-8..Alhamdulillah :)

Semalam bertungkus lumus buat juadah buka. Oleh itu nak share la kat sni... (mls tulis banyak..bateri otak da nak abis) hehe

Ikan Bawal 3 Rasa

Bahan-bahan

  • Seekor ikan Bawal (saiz sedang) dipotong 2 (jika nak)
  • 3 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 labu bwng besar - dicincang halus 
  • 1 inch halia- potong nipis
  • 1 tangkai cili merah - dicincang halus 
  • 5 btng cili padi merah - dipotong kecil
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 6-7 kiub nenas (ikut suka)
  • 2 1/2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Sedikit daun ketumbar-hiris halus
  • serbuk kunyit, garam, gula  
  • Air secukupnya jika perlu
  • Minyak
Cara-cara
  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit. Goreng ikan sehingga garing
  2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih dan bawang besar cincang & halia. tumis sehingga kekuningan
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Masukkan lada merah dan cili padi yg telah dicincang tadi
  4. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, sos tomato, gula sikit, garam (1 1/2 camca) tambah air sedikit sahaja. biar mendidih
  5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar. 


 semalam x menyempat nak letak daun ketumbar..org da nak azan (jgn risau..buat ni dalam 15-20 minit jer)itupun baru nak kupas2 bawang semalam..


Udang Goreng Kunyit Kacang Panjang

Bahan-Bahan

  • Udang ~ 6-8 ekor (ikut suka)
  • kacang panjang ~ 4 (kacang buncis pon boleh) + sedikit carrot potong panjang
  • 1 Biji Bawang besar (potong 6)
  • 3 Biji Bawang kecil 
  • 1 Tangkai cili merah
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 camca garam
  • sedikit kunyit
Cara-cara

  1. Lumur udang dengan kunyit dan sedikit garam
  2. Panaskan kuali
  3. Tumis bawang hingga kekuningan
  4. masuk cili merah
  5. masuk kacang dan carrot
  6. masuk garam
  7. masuk udang
  8. masuk sos tiram
  9. kacau2
  10. tutup sekejap kuali (nak bagi udang cepat masak) ~5 minit
  11. agak dah masak (~5 minit) angkat





No comments:

Post a Comment