Salam muah muah,
Kali ni saya nak cakap-cakap pasal ekzema. Haa.. pekejadah ekzema ni?
Ekzema ialah
kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan
lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat
pertama kali sebelum anak berusia
dua tahun.
Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan
beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat
dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.
Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema,
asma
dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah,
yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena
ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini
boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan
alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.
Apa yang menyebabkan ekzema?
Kita
tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam
keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema,
asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.
Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak".
Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi
masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin
memerlukan rawatan yang lebih intensif.
Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh
kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan
pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak
menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi
kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan
bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda
dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.
Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah
reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah
didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain
tempat juga.
Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada
menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema
boleh mengganggu
tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.
Apakah rawatan untuk ekzema?
Rawatan
ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema
ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya
dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap,
kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk
jangka masa yang pendek.
Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk,
oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting.
Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien
beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi
kering.
Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba
beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini
datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim
akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk
ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh
melecetkan kulit bayi anda.
Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar
yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah
menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti
emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.
Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?
Doktor
selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan
krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar
tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan,
menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan
kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika
digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi
nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang
penipisan ini akan berkekalan.
Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul,
bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan
dengan seliaan doktor.
Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang
yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa
untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang
banyak tak menjadi masalah.
Apakah rawatan lain yang ada?
Pil
antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu
tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak
digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak
kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di
sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum
memberi anak kecil antihistamin.
Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan
krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak
reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli
dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.
Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk
pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di
mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut
selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu
meresap ke dalam kulit.
Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?
Setengah
ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif
kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti
teguh yang ianya efektif.
Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat
pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.
Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?
Ekzema
boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya
berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti,
ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan
antibiotik untuk menghilangkan infeksi.
Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin
dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar
dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.
Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?
Inilah apa yang kami tahu:
•
Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan
alergi lain.
Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.
• Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada
susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu
sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet
bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin
mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula
berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.
• Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu
atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat
ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan
sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi
anda. Jangan ganti
diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.
• Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk
pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan
kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut
diperlukan.
Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?
Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:
• Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang
mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
• Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan
membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan
sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi
jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan
doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan
makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah
mempunyai
alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
• Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah
kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba
mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain
basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat
benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih)
disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda
sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk
menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik
memberi fokus kepada rawatan ekzema.
• Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
• Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan
kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan
anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang
bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.
• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.
*petikan dari http://www.babycenter.com.my
Ya.. berikut adalah contah kanak2 ekzema (Farhan Haikal)
ini adalah serangan ekzema paling teruk yang menyerang farhan.
Mcm2 ubat yg ktrg da try guna dari yang natural sampaila yang chemical...belum kira mandian dia lagi.Haa ni mak nk cite,,,
Al kisah..si farhan haikal ni dari umur 4 bulan camtu da nampak ekzema nyer.mula2 kat pergelangan kaki..dua2 belah. aku pun sapula ubat doktor bagi.. (Klinik Doktor Zabedah-Bidor) ok la..hilang.pastu naik.pastu hilang.naik.hilang .naik...gitula..sampaila cream tu habis
Beberapa bulan buntu nak cari cream tu kat shah alam..kitorg pon pegila Klinik Ajwa-seksyen7 shah alam tu..(situ mmg tempat feberet ktrg.sbb situ jer klinik yg farhan xbuat perangai. Farhan pon dapatkan suntikan vaksin dari umur 4 bulan sampaila ke sudah kat situ. Kos rawatan ok. Pon ramai parents yg bawak anak2 dtg situ n skrg da jadi 24 jam tau) owh..terpromote lebih yer x?
Doktor asik bagi Calamine & cream Hydrocort pon xbekesan.
Kitorg try sapu Gel Aloe Vera pon xbekesan
Mandian Eubos & cream pon xbekesan
Pastu sorg opismate kate sruh try
Elomate cream. Hmm mmg berkesan! sapu skit, satu mlm jer hlg. Tapi cream tu kn sapu nipis. Klo da baik, stop guna. Lama2 kulit farhan jd xmo pulak cream ni. jadik balik
ekzema tu..
Last2 kitorang pergi satu Klinik kat shah alam. Klinik tu ktrg pnh pergi sekali. mase tu 'nonet' farhan ade gatal2. itupun jenuh gi klinik lain.akhirnya...rasi plak dgn ubat kat klinik Dr. India ni. Kos rawatan boleh tahan mahalnyer..(Klinik Damai-sape ade PMCare bolehla pegi free) aku ni xde. Demi anak, pegilah kali yg kedua ni...
Doktor tu bagi mandian & cream Physiogel n krim tambahan lain.
Alhamdulillah..kulit kering dia da bekurangan & merah2 kat kulit tu pon da hilang..tapi still ade kesan lagi.. :( xpelah, asalkan boleh sembuh
Kecik2 da bekarat kulit anak ku...huhu..pity my boy :((
xpe, esok besar mama ajak gi spa eh.. hehe