Wednesday, December 3, 2014

Dilema Hantar Anak Ke Taska-4 Tahun




Ooooo...what im gonna do! December baru tergerak hati nak survey taska berdekatan rumah. Dah round2 banyak kali kat area SP4 ni...orait,one capture my eyes is.. Taska Cikgu Ayu & Tadika Cahaya Saujana. (founder yg sama). sekarang dorg ada 3 units end lot 2 stry terrace sebelah2 jer. So transit dari Tadika ke taska tu kita xpyah risau.

Nak dijadikan cerita,petang lepas kerja aku singgah kat situ dengan Farhan.Jumpa Kak Nor (Pengurus Taska) Orangnya ramah (ada iras2 Kak Ilah-kakak ku no 2)

Farhan suka main kat playground tu..main slide. aku plak buat perbincangan la dengan kak nor...

Yuran permulaan sekolah: RM 700/year (termasuk bahan belajar,uniform,beg etc)
Deposit: RM 250
Bulanan: RM 350/month (all in one Tadika & Taska)

Last year kelas 4 tahun ada 13 kids. Teacher 1 / class.

*ada pendidikan jasmani/senaman katanya. kna bli kasut skolah putih. (m wnt to cry rite now.my bb wearing school shoes now)

Ada ajar BM,BI,Math,Jawi,Mengaji. (tapi aku xexpect la 4 tahun nak strict sgt utk benda serius ni)
Aku lagi suka klo cikgu ajar gardening ke...buat cookies ke..bela anak ayam ke..benda2 yg boleh rangsang deria anak. Sebenarnya aku xgemar klo 4 tahun ni ada exam2 ni.

Ok.Start Tadika January 2015

yg dilema sgt skarang ni, sempat ke nak ajar budak Farhan tu bangun pagi utk siap ke school pkul 8am?? haruuu...satu lagi dia pkai pampers lagi.hmmm

Kak Nor kata pkai pampers tu dorg boleh tolong ajar potty so xpyh riso.

Satu lagi xbagitau pengasuh (kak Mas) camne ni?xkan kita main terminate.nak kna ganti rugi jgak ni.yela..dia dah jaga Farhan dari bayi...sampai la ni. bagi saguhati la sikit kan... :) 

Macam2 bermain kat kepala otak.boleh ke dia survive?camne kehidupan dia?ada org buli ke? then mama pon sunyi driving sorg2.sblm ni ada Farhan jadi co-Pilot :(

Yayah, let's do our decision!

Sekian,
Mama yang kesunyian



Wednesday, July 24, 2013

Udang Goreng Kari & Kacang Pjg

Assalamualaikum..
Ramadhan yang ke-15 semalam saya hidangkan resepi baru kat En Pejo...iaitu...jeng jeng.. yum yum

Udang Goreng Kari & Kacang Panjang

maaf gambar xpro sgt.tapi ini hasil cubaan semalam.. :))


Bahan-bahan

1 biji bawang besar (cincang halus/blend)
2 ulas bawang merah (cincang halus/blend)
2 sudu serbuk kari udang
2 sudu sos tiram
8-12 daun kari
1 1/2 camca garam
1/2 sudu gula
6-8 ekor udang (klo udang besar lagi best...huhu)
3 biji kentang potong dadu
3 kacang panjang dipotong

Cara-cara

  1. Panaskan kuali & masukkan minyak sedikit
  2. masukkan bawang & tumis hingga kekuningan
  3. masuk serbuk kari
  4. masuk secawan air
  5. masuk ketang & tunggu sehingga empuk.jangan biar kering kuah.tambah sedikit air jika kentang xmasak lagi.
  6. agak2 kuah nak pekat, masuk kacang & udang
  7. masuk sos tiram, garam & gula
  8. masuk daun kari
  9. kacau2 sehingga udang masak (~5 minit)

Wednesday, July 17, 2013

Ikan Bawal 3 Rasa & Udang Kunyit

Assalamualikum..
harini genap Ramadhan yang ke-8..Alhamdulillah :)

Semalam bertungkus lumus buat juadah buka. Oleh itu nak share la kat sni... (mls tulis banyak..bateri otak da nak abis) hehe

Ikan Bawal 3 Rasa

Bahan-bahan

  • Seekor ikan Bawal (saiz sedang) dipotong 2 (jika nak)
  • 3 ulas bawang putih - dicincang halus
  • 1 labu bwng besar - dicincang halus 
  • 1 inch halia- potong nipis
  • 1 tangkai cili merah - dicincang halus 
  • 5 btng cili padi merah - dipotong kecil
  • 1 biji tomato - dipotong dadu
  • 6-7 kiub nenas (ikut suka)
  • 2 1/2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Sedikit daun ketumbar-hiris halus
  • serbuk kunyit, garam, gula  
  • Air secukupnya jika perlu
  • Minyak
Cara-cara
  1. Ikan dibersihkan dan dilumurkan dengan garam, serbuk kunyit. Goreng ikan sehingga garing
  2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan masukkan bawang putih dan bawang besar cincang & halia. tumis sehingga kekuningan
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Masukkan lada merah dan cili padi yg telah dicincang tadi
  4. Masukkan tomato cincang, sos tiram, sos ikan, sos tomato, gula sikit, garam (1 1/2 camca) tambah air sedikit sahaja. biar mendidih
  5. Apabila sudah masak, tuang kuah tadi ke atas ikan dan hiaskan dengan daun ketumbar. 


 semalam x menyempat nak letak daun ketumbar..org da nak azan (jgn risau..buat ni dalam 15-20 minit jer)itupun baru nak kupas2 bawang semalam..


Udang Goreng Kunyit Kacang Panjang

Bahan-Bahan

  • Udang ~ 6-8 ekor (ikut suka)
  • kacang panjang ~ 4 (kacang buncis pon boleh) + sedikit carrot potong panjang
  • 1 Biji Bawang besar (potong 6)
  • 3 Biji Bawang kecil 
  • 1 Tangkai cili merah
  • 1 sudu sos tiram
  • 1 camca garam
  • sedikit kunyit
Cara-cara

  1. Lumur udang dengan kunyit dan sedikit garam
  2. Panaskan kuali
  3. Tumis bawang hingga kekuningan
  4. masuk cili merah
  5. masuk kacang dan carrot
  6. masuk garam
  7. masuk udang
  8. masuk sos tiram
  9. kacau2
  10. tutup sekejap kuali (nak bagi udang cepat masak) ~5 minit
  11. agak dah masak (~5 minit) angkat





Monday, July 15, 2013

Resepi Kerang Bakar & Ketam Masak Lemak Pedas Nenas

Sebelum Ramadhan haritu da teringin sebenarnya nak cari kerang. maka hari 5 puasa barula dapat nak masak resepi kerang ni...saya ni suka kerang yang saiz kecil. Klo yang besar2 gedabak tu xbrp selera sgt.tkot plak yg ade. oleh itu..saya berusaha ke Tesco shah alam nak cari kerang (malam) lepas berbuka puasa dengan ofismate en hubby di Kelab Shah Alam Selangor. Igtkan bolehla makan dengan tenang...sekalinya si kecik farhan tu meragam. :(( huuurm... xpepasal aku ni jer yg dduk tepi kolam ikan sambil tgok org teguk air oren sejuk... "feel sakit hati"

ok..lupekan dugaan Ramadhan tu. Resepi ni saya dapat dari "himpunanresepibonda.blogspot.com" dan saya olah sikit dengan teknik masakan saya..hehe

 Resepi Kerang Bakar Sambal

1 kilo kerang dicuci bersih
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 sudu cili mesin (cili giling segera pon xpe)

Semua bahan kecuali kerang dimesin halus, + sedikit garam (1 camca kecil)

Panaskan kuali leper (saya try guna pemanggang ajaib ikan tu...so sng nak tebalik2 kan)
letakkan kerang dan sedikit minyak. Bakarkan sebentar dalam 10 minit dgn api sederhana
 + bahan mesin dan dibakar lagi untuk 5-8 minit lagi hingga kerang masak....klo xmau kerang tu mcm kering sgt, boleh letak air skit & sambung proses masak..




Ketam Masak Lemak Pedas Dengan Nenas 

 Bahan-bahan : utk ~ 2-3 orang makan
3 ekor ketam dibersihkan
1 biji kelapa parut ambil 1 liter santan (klo santan kotak guna 2 kotak kecil)
 8 biji cili padi (sape nak lg pedas boleh tambah)
1 biji bawang besar
1 batang serai diketuk (ketuk hujung serai dengan lesung,agak2 penyek)
1 buku kecil kunyit (sape rumah xde kunyit hidup, bolehla guna serbuk kunyit x 2camca)
1 helai daun kunyit
1/2 biji nenas dipotong kecil (saya guna nenas kiub tin-sbb xde nenas.ambil beberapa ketul)

Cili, bawang dan kunyit dimesin halus.
Campurkan semua bahan dan masak dgn api sederhana
Sentiasa dikacau Sesuaikan rasa 

atas ni gambar contoh ye.saya punya xsempat amik.Tapi jadi sebijik gini la..hehe.Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

Thursday, July 4, 2013

ECZEMA MELANDA

Salam muah muah,

Kali ni saya nak cakap-cakap pasal ekzema. Haa.. pekejadah  ekzema ni?


Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya.

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda.

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya.

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek.

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering.

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda.

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika.

Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan.

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor.

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah.

Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin.

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain.

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit.

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif.

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar.

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi.

Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut.

Bolehkan saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Inilah apa yang kami tahu:

Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain. Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan.

• Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan.

• Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu.

• Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba:

• Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.

• Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.

• Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.

• Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.

• Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentang bagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.

• Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

*petikan dari http://www.babycenter.com.my


Ya.. berikut adalah contah kanak2 ekzema (Farhan Haikal)



ini adalah serangan ekzema paling teruk yang menyerang farhan.

Mcm2 ubat yg ktrg da try guna dari yang natural sampaila yang chemical...belum kira mandian dia lagi.Haa ni mak nk cite,,, 
Al kisah..si farhan haikal ni dari umur 4 bulan camtu da nampak ekzema nyer.mula2 kat pergelangan kaki..dua2 belah. aku pun sapula ubat doktor bagi.. (Klinik Doktor Zabedah-Bidor) ok la..hilang.pastu naik.pastu hilang.naik.hilang .naik...gitula..sampaila cream tu habis
Beberapa bulan buntu nak cari cream tu kat shah alam..kitorg pon pegila Klinik Ajwa-seksyen7 shah alam tu..(situ mmg tempat feberet ktrg.sbb situ jer klinik yg farhan xbuat perangai. Farhan pon dapatkan suntikan vaksin dari umur 4 bulan sampaila ke sudah kat situ. Kos rawatan ok. Pon ramai parents yg bawak anak2 dtg situ n skrg da jadi 24 jam tau) owh..terpromote lebih yer x?

Doktor asik bagi Calamine & cream Hydrocort pon xbekesan.
Kitorg try sapu Gel Aloe Vera pon xbekesan
Mandian Eubos & cream pon xbekesan


Pastu sorg opismate kate sruh try Elomate cream. Hmm mmg berkesan! sapu skit, satu mlm jer hlg. Tapi cream tu kn sapu nipis. Klo da baik, stop guna. Lama2 kulit farhan jd xmo pulak cream ni. jadik balik
 ekzema tu..



Last2 kitorang pergi satu Klinik kat shah alam. Klinik tu ktrg pnh pergi sekali. mase tu 'nonet' farhan ade gatal2. itupun jenuh gi klinik lain.akhirnya...rasi plak dgn ubat kat klinik Dr. India ni. Kos rawatan boleh tahan mahalnyer..(Klinik Damai-sape ade PMCare bolehla pegi free) aku ni xde. Demi anak, pegilah kali yg kedua ni...

Doktor tu bagi mandian & cream Physiogel n krim tambahan lain.



Alhamdulillah..kulit kering dia da bekurangan & merah2 kat kulit tu pon da hilang..tapi still ade kesan lagi.. :( xpelah, asalkan boleh sembuh



Kecik2 da bekarat kulit anak ku...huhu..pity my boy :((
xpe, esok besar mama ajak gi spa eh.. hehe


















Thursday, June 20, 2013

SuSu Oh Susu

"Mama t'suuu.."


Itula yg selalu Farhan sebut sambil melembik2 badan..
Masa farhan bb, susu formula yg mula2 saya guna adalah Anmum (sbb hospital ader provide 2 kotak kecil).
Farhan breastfeed dari lahir n sampai skrg pon nak 'ateshh' lagi. Hmm cmnela nak pisah susu ni??

Guna Anmun beberapa kotak, pastu kitorang start guna brand Dutch Lady-Friso Gold sbb sblm tu popoo dia keras. Pas tukar tu..alhamdulillah la.tapi still smpi skrg kne cairkan banyak sbb dia xbrp minat minum air masak.

Friso Gold-Step 1 (0-6 bulan)
 Friso Gold-Step 2,3 &4


Susu baby kecil (infant) memangla mahal skit. Bila step yang seterusnya da makin murah (pon lobang poket yayah ko..haha) xpela demi permata kecil kesayangan ni.. selalunya kitorg beli susu dkt speedmart. agak murah dari harga kat pasaraya lain.

Susu murah n mahal? hmmm rasanya susah nak explain...sbb susu ibu adalah yang terbaik. Kengkadang mak ayah yang akan buat pilihan susu ape yg dorg minat tapi the most important thing adalah susu ape yg paling diterima oleh badan anak kita. kkdg ada budak yg alergi pada sesetengah susu lembu.

Mula2 kitorng test farhan guna susu Dutch lady 123. Popoo dia ok, n igt pastu nak upgrate ke susu premium Dutch Lady (Friso). Alasan kesian kat budak...kita sesedap makan McD, KFC..dia kan minum susu jer n apalah salahnye blanja skit pada susu (kira adil la kan). 


Dutch Lady 123
Beza ketara antara Friso & 123 adalah:

P2 Dual system : kombinasi nutrient utama bersama agen simbiotik ( kombinasi 2 Prebiotics and 2 Probiotics) Ia amat berguna untuk usus dan sistem imune kanak2 dengan menyeimbangkan jumlah bakteria baik di dlm sistem penghadaman
  
  • Bifidobacterium lactis : mengurangkan risiko cirit birit (diarrhoea) dan terbukti selamat utk kanak2
  • Lactobacillus paracasei : Sejenis bakteria membantu fungsi penghadaman dengan melawan bakteria jahat dari memasuki badan.
Utk pastikan bakteria baik masih hidup, air yang telah dimasak mestilah disejukkan bawah suhu 45°C ?
Alamak..selama ni aku main tuang jer air mendidih dalam susu dulu...hmm..  :(

Pasal DHA ni..aku rasa smua susu skrg provide jumlah DHA yang sama. Tapi mungkin kengkadang sumber DHA tu yang berlainan. Ada yang dari kekacang..dan juga dari Ikan.
    
Pastu friso ni ade boleh redeem point friso dengan barang ataupun susu.


Sebelum ni kami pernah jugak nak bertukar ke susu lain antaranya:

Sustagen junior 1+ (Madu) :agak manis susu ni. bau sedap n rasa cam butter cookies. Farhan 1 botol jer pernah minum. pastu xmau.

Dumex precinutri step 3: penah guna 2 pek.sbb friso out of stock. perisa vanila rasa lembut skit n tekstur lebih halus n dry dri friso. Harga beberapa ringgit mahal dari friso. huhu..


ko depan kamera bolehla yer suka minum susu!
Start umur farhan 1 tahun lebih dia da start mula rasa milo (milo kotak). Mula2 mcm batak tgok air milo...habis sekotak minum. Sebulan dua jugakla pantang tgok aku bukak peti ais, tau ajer suruh bukak air milo kotak. Risau jgk nti dia xnak susu..tapi nsib baik sindrom tu dtg kejap jer.skrg da xmau. Dia setia pada susu dia jugak..hehe.


si cokelat



Wednesday, June 19, 2013

ThE FirST bb BOy- 2 yEaRs

Hi!!

Post ni saya nak cerita serba sedikit buah hati kecil saya "Muhammad Farhan Haikal Bin Muhammad Faizzul"

Panjang name tuh. Siap dua baris dalam I/C kanak2.

Dipendekkan cerita, si kecil ni sekarang da 2 tahun (DOB: 25 April 2011)
Sgt cepat membesar & da jadi kanak2 pon sekarang, but still a baby in my eyes.

tengok pon boleh nampak kenakalan dia kan..haha

Dalam tempoh 2 tahun ni macam2 masalah dan kerenah dia yg terpaksa ditempuhi.
So di blog ni saya nak kongsi serba sedikit topik2 menarik yang selalu ibu2 tertanya & klo boleh saya nk detail kan lagi ulasan.hehe (cheewah)